
Namun sekarang, Lou Xiaoying ialah seorang
nenek berusia 88 tahun yang terlantar lemah di hospital kerana penyakit
kegagalan ginjal di sebuah hospital di China. Namun, nenek ini bukan
orang biasa, dia istimewa dan seorang yang sangat berhati mulia. Selama
hidupnya, dia dan suaminya, Li Zin yang meninggal dunia 17 tahun lalu
telah mengambil 30 anak terbiar dari tong sampah dan jalanan walaupun
dia hidup dalam kemiskinan. Dia hanya seorang tukang pungut sampah yang
mengitar semula sampah sebagai sumber mata pencarian.